Larangan dalam ihram.

LARANGAN SEMASA IHRAM
Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum
- Lelaki sahaja
 
Menutup kepala atau sebahagian daripadanya
- Lelaki sahaja

Menutup muka
- Wanita sahaja
Memakai sarung tangan
- Lelaki dan
Wanita
 
Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung
- Lelaki dan Wanita
 
Memakai minyak di kepala atau janggut dan semua bulu muka selain daripada tumbuhan di pipi dan di dahi
- Lelaki dan Wanita
 
Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan
- Lelaki dan Wanita
 
Mengerat atau memotong kuku
- Lelaki dan Wanita
 
Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram
- Lelaki dan Wanita
 
Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Haram atau di Tanah Halal
- Lelaki dan Wanita
 
Melakukan pendahuluan persetubuhan
- Lelaki dan Wanita
 
Bersetubuh/berjimak
- Lelaki dan Wanita
 
Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin
- Lelaki dan Wanita